Percutian Bertemakan Tropika Untuk Semua

Resorts World Kijal menawarkan persekitaran yang bebas dari tekanan dan nikmatilah keindahan alam semula jadi di negeri Pantai Timur ini untuk percutian idaman anda.

Daripada aktiviti pantai dan laut, lawatan untuk melihat penyu hinggalah ke program team-building, di sini ada pelbagai jenis aktiviti yang akan memikat minat semua.

Sama ada anda ke sini untuk urusan perniagaan atau beriadah, permandangan lautan yang menakjubkan pasti akan menyegarkan jiwa, minda dan badan.

 

Penginapan tepi pantai mesra Muslim

Resorts World Kijal berbangga untuk menerima Pengiktirafan Penginapan Mesra Muslim (MFAR Malaysia) oleh Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia dan Pusat Pelancongan Islam.