Hainan Express


Restoran selesa yang menawarkan makanan tempatan, koktel tanpa alkohol, kopi istimewa, teh dan snek ringan.

Waktu operasi:
Setiap hari 11 pagi - 11 malam

Nasi Talam

Nikmati hidangan istimewa tempatan kami, Nasi Talam yang terdiri daripada Daging Salai Masak Lemak, Ayam Goreng Berempah, Sotong Bakar Percik, Udang Goreng Kampong, Ulam-Ulaman, Telur Masin dan buah-buahan untuk melengkapkan hidangan menu istimewa ini.

Harga: RM76 untuk dua (02) orang

Chinese Specialty

Jangan ketinggalan untuk rasai kelazatan hidangan menu set Chinese Speciality yang terdiri daripada Ayam Kung Po, Halia Lembu, Udang Mentega, Telur Foo Yong, Sayur Campur dan buah-buahan untuk melengkapkan hidangan.

Harga: RM76 untuk dua (02) orang

Piza

Nikmati piza kami dengan pelbagai perisa untuk dipilih daripada Piza Pepperoni, Pizza Aloha Ayam serta house specialty, Piza Rendang Daging Pedas dan Piza Serunding Daging.

Harga: RM37

Ais Kacang Stambung

Jika anda peminat makanan manis, anda mesti mencuba untuk merasai hidangan pencuci mulut Malaysia Ais Batu Campur (ABC) kami. Perkataan ‘stambung’ berasal daripada dialek tempatan Terrengganu yang bermaksud besar/melimpah. Hidangan istimewa ini boleh dikongsi sehingga 3 ke 4 orang.

Harga: RM20

Set Beriani Lamb Shank

Lamb Shank berisi lembut dengan nasi beriani dan Bandung Ais segar.

RM76 untuk dua (02) orang

Set Daging Asam Pedas Clay Pot

Daging Asam pedas berkuah pekat digandingkan bersama nasi putih dan keropok ikan.

RM39 setiap sajian

Kerabu Mangga Udang

Pelengkap hidangan tempatan masam manis, popular di Asia Tenggara.

RM25 setiap sajian

Ais Kacang Buah Stambung

Ais kisar gergasi berperisa dengan isi buah-buahan segar dan aiskrim.

RM25 setiap sajian

Sagu Gula Melaka

Sagu gula melaka dengan santan berlemak dan gula melaka.

RM18 setiap sajian