Apabila bercuti, alamilah pengalaman unik dan tidak ternilai yang lebih selaras dengan budaya dan gaya hidup tempatan. Dikala masa lapang anda, saksikan keajaiban alam semula jadi dengan melawat ke tempat memerhati penyu atau melawat perkampungan nelayan.
Perkampungan Nelayan (Pantai Kemasik)
Singgah ke desa di perkampungan nelayan di mana memancing di pantai masih di lakukan.
Lemang Kijal
Teroka rasa asli Lemang Kijal yang diperbuat daripada beras pulut, santan dan garam, serta di masak di dalam buluh di saluti dengan daun pisang.
Keropok Lekor
Rasai makanan tempatan di sekitar bandar Kijal dengan keropok ikan tersedap, yang diperbuat daripada jenis ikan sardine dan ikan
tamban.
Kampung Baru Ayer Jerneh, Kemasik
Dikatakan sebagai kampung Hainan terbesar di Malaysia. Rumah kedai kayu dibina lebih 100 tahun yang dahulu, merupakan lokasi popular buat pengunjung yang datang.
Penampakan Kelip-Kelip
Rasa terbuai apabila sampan digerak ombak apabila belayar menerusi Sungai Yak Yah di Kampong Ibok. Pastinya anda tertawan melihat kecantikan kelip-kelip di sepanjang tebing sungai.
Tempat Pelindungan Penyu Ma’Daerah (Kerteh)
Tempat ini didedikasikan untuk melindungi dan memelihara penyu, dan terletak hanya 45 minit daripada resort.
Muzium Negeri Terengganu
Rasai kegaguman keindahan seni bina Islamik dan galeri istana sambil mempelajari tentang tekstil, kraf dan galeri petroleum.
MAKLUMAT TERKINI
Dapatkan berita, cerita dan makluman terbaharu eksklusif
© {{year}} Hak Cipta Terpelihara - Genting Malaysia Berhad 198001004236 (58019-U).